Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti
Coretan Kehidupan
Thursday, 22 September 2011
Kursus Seni Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kursus Seni Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 20 - 22 September 2011. Antara slot kursus tersebut adalah seni dalam pendidikan, seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama JPN Perak. Kursus bertempat di BTP Negeri Perak. Penceramah terdiri daripada Pn.Hjh..Norehan bt Muhamad, En. Ahmad Salleh bin Ahmad dan Tn.Hj. Abd. Rani. Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh iaitu Tn.Hj.Mat Akhir. Kursus tersebut telah dihadiri oleh guru-guru sekitar Ipoh. Semoga segala ilmu dapat dilaksanakan dan dikongsi bersama untuk kemajuan anak didik. Selamat berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment